SEJARAH GELAS. Kaca semulajadi, seperti obsidia, telah digunakan semenjak zaman batu. Pembuatan kaca pertama direkodkan di Mesir sekitar 2000 Sebelum Masihi di mana kaca digunakan sebagai penyalut bagi barangan tembikar dan lain-lain. Pada abad pertama Sebelum Masihi teknik meniup kaca telah berkembang dan kaca menjadi lebih biasa digunakan. Ketika zaman Empayar Rom banyak bentuk kaca dicipta kebanyakannya dalam pembuatan botol dan pasu.
Sehingga abad ke-12 kaca warna (di mana kaca dengan oksida logam dicampurkan sebagai pewarna) tidak digunakan secara meluas.
Pusat pembuatan kaca pada abad ke-14 adalah Venice yang memajukan banyak teknik baru dan menjadi sumber eksport penting dalam pinggan mangkuk, cermin, dan bahan mewah lain. Lama-kelamaan sebahagian pembuat barangan kaca berpindah ke utara Eropah dan teknik pembuatan kaca turut berkembang bersama mereka.
Digunakan sehingga pertengahan 1800-an adalah proses kaca Mahkota “Crown glass process”, di mana peniup kaca akan memutarkan anggaran 9 paun kaca pada hujung rod sehingga kaca leper dan membentuk cakera selebar 5 kaki diameter. Cakera kaca tersebut akan dipotong menjadi kepingan. Kaca buatan Venice amat dihargai antara abad ke-10 sehingga abad ke-14 kerana mereka merahsiakan proses pembuatan kaca. Sekitar 1688, proses menggunakan acuan dikembangkan, yang menyebabkan barangan kaca lebih mudah dibuat. Rekaan mesin pembentuk barangan kaca pada 1827 menjadikan barangan kaca dibuat secara pukal dan murah.
sumber: Wikipedia